Thursday, May 17, 2007

Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil

Assalamualaikum.... Ni ader email... juz check it out...

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanyamemilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnantluar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itukelak hidup dalam zina sampai bila-bila...Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyakpersoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama andadisini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belumberkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersediamengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidakbolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayahkepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untukmemperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggusehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulahmereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahanitu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAKuntuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepadaanak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anakperempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakanyang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggusehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjagatepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagiantanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkankeadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidaksah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustazsekiranya perlu.mafhumnya:Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku danmatiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalianalam".

No comments: