Tuesday, May 22, 2007

Everything is overrr... But life must goes on....

Monday, May 21, 2007

Assalamualaikum...........

"Alangkah indahnya, jika kehidupan adalah semudah kata-kata yang keluar dari mulut ini.........." hmmm..... :-/

Thursday, May 17, 2007

Selamat Pengantin Baru...

KUALA KANGSAR: Pasangan Diraja, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson hari ini diijab kabul pada satu istiadat pernikahan diraja di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini. Istiadat akad nikah disempurnakan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, kerabat diraja Perak dan keluarga Zara. Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat, ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja. Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat. Raja Nazrin, 50, yang kelihatan segak dan tampan dengan berbaju Melayu putih serta bersampin sedondon dengan tenang melafazkan akad nikah, dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi ini disaksikan kira-kira 300 tetamu. (Embedded image moved to file: pic23676.jpg) Raja Nazrin dan Zara saling bertentang mata di atas peterana selepas upacara menyarung cincin pada istiadat Akad Nikah Diraja di Balai Istiadat, Istana Iskandariah, Bukit Chandan. (foto Bernama) Adinda baginda Raja Datuk Seri Ashman Shah iaitu Raja Kecil Tengah Perak serta Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, suami kepada adinda baginda Raja Datuk Seri Azureen, menjadi saksi pernikahan baginda. Bapa Zara, Salim Davidson semalam telah mewakilkan wali kepada Harussani untuk mengijabkabulkan anaknya Zara dengan Raja Nazrin, dan upacara menandatangani surat mewakilkan wali itu telah diadakan di Bilik Merah, Istana Iskandariah. Majlis itu turut disaksikan ibu Zara, Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabudin dan abangnya Jeffri. (Embedded image moved to file: pic17492.jpg) Zara, dengan keayuan dan kelembutannya bersama hiasan selendang, menyarungkan cincin kepada Raja Nazrin. Raja Muda Perak itu menyarungkan cincin emas bertatah berlian, manakala Zara membalas dengan cincin perak kepada baginda. (foto Bernama) Zara, 34, adalah cicit kepada Sultan Kedah ke-24 Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan datuknya Syed Omar ialah Menteri Besar Kedah yang ketiga. Sejurus selesai akad nikah, Mufti Kerajaan Negeri Perak membacakan doa kesyukuran dan diikuti dengan bacaan selawat Nabi oleh kumpulan Haqqani Maulud Ensemble. Sultan Perak dan Raja Permaisuri kemudian berangkat meninggalkan majlis sementara Raja Nazrin pula berangkat ke bilik bersebelahan Balai Istiadat di mana Zara, sedia menanti untuk upacara menyarung cincin. Zara, berkebaya labuh kontemporari yang diperbuat daripada French lace dihiasi dengan taburan kristal dan manik serta dipandankan dengan kain sarung chiffon sedondon berwarna putih gading, hasil rekaan pereka fesyen terkemuka Radzuan Radziwill, yang merupakan anak kelahiran Bandar Diraja ini. Keayuan dan kelembutan Zara terpancar dengan hiasan selendang French netting sepanjang tiga meter yang ditaburi dengan kristal. (Embedded image moved to file: pic00946.jpg) Zara mencium tangan Raja Muda Perak selepas upacara menyarung cincin.(fotoBernama)



Selepas menyarung cincin, Zara pula menyarungkan cincin perak ke jari Raja Nazrin dan Zara kemudian mencium tangan suaminya dan Raja Nazrin pula mengucup dahinya.



Istiadat pernikahan pengantin Diraja dimulakan dengan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja Datuk Seri Wan Fathir Wan Hussain menghadap Sultan Perak untuk memulakan istiadat tersebut.



Ia diikuti dengan jejawat membawa masuk bingkisan Raja Muda untuk Zara sebanyak sembilan pahar berserta mas kahwin 250 gram emas tulen dalam bentuk lima kepingan emas berserta sebentuk cincin bertatahkan berlian. Sementara rombongan pihak perempuan yang diketuai Datuk Tunku Hamdy Tunku Ahmad Tajuddin membawa 11 pahar berserta sebentuk cincin perak untuk Raja Muda sebagai kurniaan balas yang dipersembahkan kepada ketua rombongan pengantin lelaki Raja Ashman.



Kurniaan balas itu didahului dengan tepak sireh perak berkemasan emas, sireh junjung lima tingkat dengan dihiasi bunga ros berwarna krim dan bunga raja deli putih. BERNAMA












Santapan Jiwa: Mengahwini Wanita Hamil

Assalamualaikum.... Ni ader email... juz check it out...

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanyamemilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnantluar nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itukelak hidup dalam zina sampai bila-bila...Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyakpersoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama andadisini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belumberkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersediamengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidakbolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayahkepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untukmemperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggusehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulahmereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahanitu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAKuntuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepadaanak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anakperempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakanyang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggusehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjagatepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagiantanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkankeadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidaksah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustazsekiranya perlu.mafhumnya:Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku danmatiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalianalam".

Wednesday, May 16, 2007

Selamat Hari guru

Assalamualaikum.
Halloooo.... Gudz morning everybody.... hope sume nyer sihat2 hendaknya...

16 hb Mei, Hari Guru... So, nak wish Selamat Hari Guru kepada sume cikgu2 yang pernah ngajar aku dulu.. uhuhu.. ni student paling nakal nie.. hehehe... Aku ingat lagi ader sorang cikgu tue, kitaorang panggil die Cikgu Aziz.. Die nie ngajar subjek Add-mate.. Subjek yang paling aku lemah.. setiap kali exam mesti merah.. hehhee.. Tapi cara cikgu nie ngajar best ooo..... bersemangat sungguh bila tgk die ngajar.. tapi otak aku nie xleh nk terima subjek tue.. hehehe.. tp yang best tue bila mai real exam, aku lulus beb! wahh.. terbeliak biji mata aku nie.. hahaha... nasib kot.. Tue masa aku Form 4 & 5.. Ingat lagi masa Form 3, masa subjek English.. nama cikgu tue, Cikgu Ghazali.. hehehe.. kitaorang panggil cikgu muka jalan tar... sebab muka die penuh lubang2.. heheh.. Masa tue time subjek die... ayat keramat die bila masuk jer kelas; Open your book, look at page no bla.. aku pun buka beg nk amik buku... tgk2.. alamak! Buku Teks x bawak! mamposs akus!!... lepas tue baru aku perasan ader 2-3 lagi member aku x bawak buku teks.. last2 korang tau Cikgu tue buat per... You, you, and you! Get out from my class! Then, aku ngan kengkawan pun menonong jer berdiri kat luar kelas... malu siottt.... Cikgu yang lalu lalang sume tengok.... tue la first time aku kena denda..... hehehe... Sampai sekarang bila jumpa cikgu tue, aku maluu! :)

So, aku nak wish Selamat Hari Guru kepada semua Guru di Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat dan Sekolah Kebangsaan Menengah Bakti Tasek Gelugor.... Berkat dari kesabaran kalian lah aku telah menjadi orang sekarang.. hehehe.. (kalu x aku jadi... jadi pe ekk..) hehehhe..
Hmmm.. Dah ler aku mula nak merepek nie... Bukan leh layan sangat nie... Daa
......

Tuesday, May 15, 2007

Assalamualaikum..

Halooo....... everybody!! Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak nya.. hehehe.. mcm tulis surat plak.. hahaha.. ok, kat bawah nie ader email yg aku received tadi pg.. so, check it out guys....

Dosa Menyimpan Kuku Panjang

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut .. Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda. The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

Nasib Seorang Toyol... Hahahahha..


Namaku toyol. Aku adalah seorang makhluk berkepala botak dan amat menakutkan. Kerja aku adalah mencuri wang dari manusia atas arahan tuanku. Jika tuan aku inginkan wang, dia akan mengarahkan aku mencuri di rumah jiran sekampung ataupun jiran kampung sebelah. Biasanya, aku tak curi kesemua wang. Aku hanya mencuri sebahagian sahaja. Kesian lak aku tengok mangsa aku kalau aku ambil semua. Mereka nak makan apa nanti kan . So, aku ambil sedikit je la.Dengan berkat ketekunan aku mencuri, tuan aku akan hidup kaya raya dan dilimpahi wang yang banyak. Tuan aku hanya perlu berikan sedikit darah dari ibu jari kakinya sahaja. Tak lebih dari itu......Tapi itu dulu. Sekarang, kerja aku bukan lagi mencuri wang. Aku sendiri pun tak tahu apa job skop aku sekarang. Nak kata mencuri wang, tuan aku tak pernahpun suruh aku mencuri wang seperti dulu lagi. Nak kata suruh merasuk orang, pun sama. Aku tak pernah pun disuruh rasuk ataupun takutkan budak-budak yang balik dari mengaji. Tuan aku seperti tidak menghiraukan aku lagi. Tapi aku tau, dia masih perlukan aku seperti dulu. Bezanya.....



Aku kini hanyalah digunakan jika tuan aku nak buat call awek die je. Aku kena ikut kemana dia pergi, tak kira dalam lrt ke, dalam jamban ke, dalam lif ke.. semuanya aku kena ikut hatta kedalam hutan sekalipun. Jika aku dulu diberi minum darah, kini aku hanya diberi kad topup sahaja. uhuk uhuk uhuk... apa la nasibku sebagai seekor toyol kuning.

Monday, May 14, 2007

Hmmm....

Assalamualaikum..

Halooo... amacam? sume ok? Juz nk share something hr nie... kat bawah ader satu email yg aku dapat pg tadi... So, read it and ambil iktibar k.... layaaannnn...........

Aku terdengar orang cakap, terutamanya perempuan, paling best kalo kawan dengan mat-mat lembut atau gay nih. Pasal, kata mereka, kaum-kaum begini lebih mudah didekati. mereka lebih paham hati perempuan. Tuh kata diorang la... Kononnya kaum gini lebih mudah dipercayai.. Tau simpan rahsia.. Tapi kan, nih aku nak citer satu peristiwa. Bukannya nak memburukkan kaum 'dunia ketiga' tuh, tapi just nak buat peringatan kat kawan-kawan sejantina... Aku ader kenal satu pompuan nih. Dia nih baik, cantik.. Lemah lembut perangai dia. Student di satu IPTA kat Kl nih. tapi bukan UIA la.. So this girl ader satu boipren.Mamat engineering kat IPTS. Hmm... kira cam couple of the year la.. Although mamat tuh tak la sehensem mana,tapi dia K. A. Y. A. paham? This girl, dia rapat ngan sorang maat lembut kat kampus dia. Diorang sekulia! h. Mamat nih, although lembut, tapi dia hensem.. Sungguh! aku dah tengok gamba dia.. memang hensem.. Rugi betul dia tuh lembut. Budak berdua nih memang la rapat. Mamat lembut nih selalu teman girl nih pi shopping sesama.Kalau tengok wayang pun sesama, kalo pakwe girl nih busy la.. pakwe dia pun dah kenal dah kat mamat lembut tuh. Tapi asik jadik bahan bulian dia jer la kan? Hehehe... One day, couple nih bergaduh. They had a big fight. Pasal girl tuh dapat tau yg pakwe dia nih ader awek lain. Sesama kuliah ngan pakwe dia la..She was so heartbroken.. Dia ngadu kat kawan-kawan pompuan dia, tapi they all kata diorang dah bitau lelaki tuh memang buaya. Last-last girl nih balik la yang dipersalahkan. Biasa la tuh... So, finally dia call best friend dia.. Yang lembut tuh la.. Dia ajak kluaq sesama.. Nak ngadu la nih.. Diorang pi dinner sesama. Masa makan tuh la girl tuh citer everything. She was so depressed, dia sobbing habis-habisan. So, sebab dah teruk sangat, si mamat lembut nih pun anta girl nih bal! ik ke rumah dia. Parents girl nih ader, tapi diorang dah kenal mamat tuh, so diorang biar je la dia pujuk anak diorang tuh. Masa kat dalam bilik, girl tuh nangis lagik teruk. She was sobbing so hard sampai dia shivering. memang teruk la.. mamat lembut nih tatau nak buat apa, so dia pun peluk la girl tuh. Hmm... pujuk dia.. sambil tuh dia usap-usap la badan girl nih... Then what happen? Hmm.. Syaitan pun masuk campur.. Girl tuh makin lama makin stop nangis.. She was feeling confused... kenapa dia rasa semacam sengat? mamat lembut tuh pun dah rasa lain.. So perlahan-lahan dia cium dahi girl tuh... Hmm.. Apa jadik lepas tuh aku takmo citer.. Pandai-pandai la agak sendirik. Kang jadik blue plak jernel aku nih.. Kekeke... Next morning, girl tuh tersedar.. Dia dah bagi the most precious thing to that guy.. Mamat lembut tuh. Dia pun call that guy... Hmm... Mamat tuh dah serba salah.. Dia attracted to guys, tapi camna leh terlajak gitu..Rite? Diorang pun keluar sesama lagik.. mamat tuh nak kata sorry pasal!terjadik gitu, he was hoping she would understand, tapi bila nampak je dia, girl tuh terus peluk dia and menangis.. Mamat tuh terkedu. tatau nak buat apa.. Kira syahdu la jugak.. Girl tuh tarik mamat tuh, ajak duduk. Kat situ, dia beg at him.. Rayu suh dia bertanggungjawab. Yer la.. Takkan nak kasik lepas gitu je, kan? mamat tuh geleng kepala.. No, he said.. I bukan lelaki yang sesuai for u. I like guys, not girls. Semalam was a mistake.. WE shouldnt do that.. Girl tuh terkedu. WE? dia punsalah? She was vulnerable... And she remembered clearly, mamat tuh yang dok pujuk dia ajak buat. Hmm... So, she beg for the last time... Suh mamat tuh consider again.. Pikir pasal dia friendship, pasal future girl tuh.. Mamat lembut tuh gelak. Dia kata, u nak ke kawin ngan i? Isk... sorry la... I taknak... I sendirik ader abang.. u know that, rite? So, dia bangun, leaving the girl to cry alone.. So, a friendship was shattered... Then, the girl lost her precious treasure.... Mamat lembut tuh masih terus-terusan gitu, hidup! dalam life terumbang-ambing dia.. Nak tau apa jadik to the poor girl? She got HIV... that guy rupanya pembawa HIV, a result from his gay life.. Hmm.. Nauzubillah... Now, she's in UK.. Dok ngan makcik dia... Trying to find a cure and at the same time, nak teruskan hidup.. Pakwe lama dia rasa guilty.. because of him, girl tuh menderita like this.. Dia ajak girl tuh kawin, tapi girl tuh taknak... She have lost trust on men. This is a true story.. Sedih kan? Aku tak dapat nak citer pepanjang, pasal sapa yang kenal aku akan tau sapa girl nih.. Just pray dia sihat.. Okay? So, to all, memang la best kawan ngan kaum 'dunia ketiga' nih, tapi ingat la.. limitnya tetap ada.. Apa-apa pun, diorang tetap lelaki.. nafsunya tetap sama... -n-

Friday, May 11, 2007

Happy Mother's Day

Assalamualaikum...
Halooo..... hehehe... ok tak template baru nie?.. saja tukar, boring aarr.. asyik gelap jer... kita tukar warna cerah skit.. hehehe.. Sempena nk menyambut Hari Ibu nie, aku nk mengucapkan Selamat Hari Ibu especially to my mum Maidzon Bt Md. Noor.. Semoga mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan happy senantiasa... hehehe.. Dan Selamat Hari Ibu diucapkan kepada seluruh ibu-ibu tak kira dimana anda berada, semoga happy selalu dan ingatlah anda lah yang akan mencorakkan masa depan generasi yg akan datang dan tabah lah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dihadapi...

Tuesday, May 8, 2007

AnDaI kAtA CiNtA ItU sEbUaH PeNgOrBaNaN, MeNgApA pEnGoRbAnAn ItU BuKaN nOkTaH sEbUaH CiNtA?aNdAi KaTa dErItA iTu HaRgA sEbUaH cInTa, mEnGaPa CiNtA ItU sEmAkIn SukAr UtK dImIlIkI? cInTa SeUmPaMa KoTa kRiStAl, InDaH dI PeNgLiHaTaN, dERiTa Di PeRaSaAn...


Monday, May 7, 2007

Biarkan Aku Merindui Mu



Dosakah aku menyintaimu
Dan itu bukan kehendakku
Itu juga bukan kemahuanmu
Menodai percintaan ini
Dosakah aku menyintaimu
Setelah engkau dimiliki
Aku gagal memujuk hati ini
Untuk terus melupai dirimu

( korus )

Izinku berteduh seketika
Merebah rindu pengubat duka
Demi ku menyintaimu
Menyayangi dirimu
Meskipun sekadar dalam mimpi
Pergilah sayang kepadanya
Kerna dia lebih memerlukanmu
Pengorbanan sudah lama jadi milikku
Jangan kau kesali
Aku tidak tahu mengapa harusku
Menyintai dirimu
Mungkinkah kau ada jawapan yang lain
Terangkah padaku
Agar tidak kusesal
Mengharap kasih pada yang berpunya
Agar kita sama merelakan

( ulang korus )

Friday, May 4, 2007

Assalamualaikum...

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya. Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya."

"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan."

Thursday, May 3, 2007

Assalamualaikum...

Hmm... Pagi2 dah mengeluh... naper nie wawa.... ntah ler, tue lah sapa suruh x tdo semalam... Aku dah gelong tahap emo gaban dah nie... haa.... :(