Thursday, March 29, 2007

Himpunan Mutiara Kata

Assalamualaikum...

What's up guys..? are u guys ok... :) Hope u guys sihat2 belaka yek!..
Hari nie malas nak tulis banyak2... so, layann jer la mutiara kata kat bawah eek... daaa....................

Say what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late. Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"


" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)


Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

Wednesday, March 28, 2007

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

Tarikh Lahir pada 4, & 13

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

Tarikh Lahir pada 5 & 17

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

Tarikh Lahir pada 8 & 23

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

Tarikh Lahir pada 12 & 19

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

Tarikh Lahir pada 22 & 25

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan senimanasmara.

Dipetik dari http://www.wira4ce.net

Monday, March 26, 2007

Sekadar renungan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Friday, March 23, 2007

DUGAAN

Ada tikanya
rasa resah dan hiba
mencengkam jiwa
semangat goyah putus asa
peritnya menahan kecewa
apa yang dicita
tidak kesampaian
kerana yang terjadi
tak seperti yang diingini

Seharusnya
jangan biar kecewa berlarut
jiwa meresah dimamah duka
kelak ia memakan diri

Insafilah...
kita hanya merencana
takdir Tuhan penentu segala
anggaplah ia sebagai dugaan
mengajar erti kesabaran
moga kita tak terhalang
untuk bangkit semula
menebus kegagalan
dengan kembali
berusaha......

Karya: Anna Abadi


PUISI BUAT KEKASIH

Bila mata kita bertemu
dunia kita yang punya
terasa lidah kelu berkata
namun bisikan hati menggamit rasa
meluahkan sayang melimpah ruah
seakan tiada esok menanti

Pancaran rindu membajai kasih
mentari garang nyaman terasa
kicauan camar rentak cinta
angin berpuput membelai debar
indah alam secantik dikau
kejernihan wajahmu menenangkan jiwa
hati batu cair akhirnya
dek kehangatan cintamu
aku rela tersungkur....

Bicaramu tersusun indah
kupasti kan terpesona
manja suaramu memukau kalbu
menguat lagi degup jantungku
kelembutanmu menyejukkan hati
kehalusan pekertimu mengangkat maruah
Dikau istimewa kekasih sejati
karisma unggul ada padamu
dan pastilah aku bertuah
berjaya merampasmu dari rebutan
memiliki hatimu suatu keajaiban....

Kekasihku
kaulah insan yang menginsafkan diriku
aku dahulu lupa asalku
hanyut dalam dunia sementara
zaman remaja bermain cinta
pelajaran tidak kuendahkan
lalu kuterus hanyut mengemudi masa
hancur agama keranaku

Hasrat ke menara terpendam bisu
aku kalah, rebah dan lemas
tiada tangan dihulurkan padaku
musuh Tuhan terus ketawa
membiarkanku di awangan
agar neraka menjadi milikku
dan hancur agama keranaku...

Namun tatkala kuterkapai
kau hadir dalam hidupku
membawa sinar menerangi kegelapan
menukar musim ke wajah baru
membuang gelita hatiku
kepunahan terubat jua..

Kau berkata...
dahulu aku seorang yang sakit
dibuai mimpi-mimpi indah
fantasi dianggap realiti
kebenaran tiada kulihat
dan nasihatmu agar aku berubah...

Ketika dunia sedang tenat
pemuda-pemudi tersalah langkah
remaja berlibur tanpa arah
gadis berkeliaran di kota desa
titisan air mata ayah bonda
membentuk sungai kekecewaan
lalu bersamamu aku cuba bangun
membentuk peribadi bermaruah
ilmu kutimba sebanyak mungkin
bintang di hamparan langit
kita hitung di malam permai..

Percayalah kekasihku
walaupun kau jauh beribu batu di bumi Eropah
aku akan tetap setia menantimu
jika diizinkan Tuhan
kita pasti bertemu lagi
dengan segulung ijazah tempatan
dan segulung ijazah luar negerimu

Jangan hancur cinta yang kita bina bersama.....

Karya: Anna Abadi

Thursday, March 22, 2007

hasil nukilan Anna Abadi.....

MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI

Janganlah kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaanmu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki?
Manusia pandai berpura
berlakon di pentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya
Tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah berniat begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
Dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu...
dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
Yang Maha Esa
tiada sesiapa berhak memiliki dir kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
Dan ke pangkuan Dia kita kembali


- karya" azdriana@hotmail.com

Menyintai Atau Tak Menyintai?

Adakah kau menyintai...
atau tidak menyintaiku???
pertanyaan ini sudah lama bersarang difikiranku
cuma lidah kelu melontarkan
ia kekal menjadi pertanyaan
yang tak terjawab
Kau melayanku seperti teman biasa
tetapi di lain waktu seperti seorang kekasih
kau kerap mengusikku dengan gurauan bersahaja
nadanya seolah menyatakan
aku hanya sekadar seorang sahabat
boleh diusik dengan pelbagai jenaka
dipanggil dengan pelbagai gelaran
namun bersama temanmu yang lain
kau diam-diam memujiku
kau katakan yang indah-indah
kau menghormati dan mengkagumiku...
Mereka berkata
setiap kali kau membicarakan tentangku
ada sinar cahaya di matamu
ibarat membicarakan sesuatu yang suci
adakah itu petandanya kau menyintai
atau...tidak menyintaiku...?
Di suatu masa kau begitu memanjakan aku
di suatu masa yang lain kau buat tak endah
ada saatnya kau diam-diam mencuri pandangan
bila ku tersedar kau cepat-cepat berpaling
adakah kau mampu melindungi
wajahmu yang berubah merah??
Katakan padaku
adakah kau menyintai atau
tidak menyintaiku???
adakah aku hanya dilanda perasaan
tersalah tafsir dengan sifatmu yang mengelirukan
atau aku sebenarnya lebih keliru
dengan perasaanku sendiri
adakah aku menyintai
atau tidak menyintai dirimu....??
Karya : Anna Abadi


HARAPAN

Awan kelabu menyelubungi diri
ribut melanda segenap fikiran
penderitaan bagaikan darah daging
lautan air mata melemaskan diri
Bebaskan daku!
Di hujung sana kulihat
keindahan dan keriangan
aroma mesra
memukau sukma
kasih sayang
melimpah ruah
kebahagiaan merupakan
suatu realiti..tetapi
hanya di sana..
Aku cuba berjuang
membebaskan diri
bergelut dalam segala kepayahan
dengan harapan
penderitaan itu berlalu
usahlah mendera diriku lagi
kerana aku
sudah bosan berduka
dan kini mendambakan
sejalur bahagia.......
Karya: Anna Abadi


CETUSAN MELANKOLIA
Andainya kudapat
mencairkan hatimu
yang keras dan jitu
pastilah daku insan
paling bahagia di dunia...
Namun kusedari
aku hanya mampu bermimpi
tak mungkin ia berlaku
kerana kau bagai tersihir
dek kekecewaan cinta semalam
hingga kepercayaanmu goyah
menutup rapat pintu hatimu
lantas kau enggan
bergelar sang putera
di takhta hati
seorang gadis di menara
yang semakin putus harapannya....


- Karya:
azdriana@hotmail.com


Wednesday, March 21, 2007

Grey's Anatomy lagiii

Assalamualaikum...

Salam ceria di tengahari rabu nie.... :) Semalam aku tgk citer Grey's Anatomy, wahhh rasa nak marah kat si Izzie tue.. Die sanggup mempertaruhkan kerjaya dia demi Denny tue... Kiranya semalam Izzie, George, Meredith, and Christina kena marah ngan Dr. Bailey... Sian kat George, Meredith and Christina. Tapi rasa kesian lak kat Izzie masa part Dr. Bailey suruh sorang nurse amik pam dari tangan Izzie, muka Izzie masa tue sedih sangat.. :( Tapi Dr. Bailey tue walaupun die marah, tapi hati dia baik. Dia cover anak2 buah die tue. Semalam Izzie, George, Meredith and christina kena denda. Masa tgh kena denda tue, Dr. Richard mai panggil Christina, alamak......... ader keja... jap g sambung balik... byerrr...

Tuesday, March 20, 2007

Grey's Anatomy

Assalamualaikum,

Salam ceria di hari selasa nie.... eh, korang sume tgk x citer Grey's Anatomy kat Ntv7 setiap selasa... Best tau citer nie... Ha! malam nie ader citer nie, korang tgk la eekk... mmg best... Citer pasal doktor2 pelatih...










Friday, March 16, 2007

Jumaat yang Ceria!

Assalamualaikum..
Salam ceria di pagi jumaat.. wahh... hari nie mai keje seronok jer... walaupun kat opis nie byk keja dan banyak perkara yang membuatkan aku sakit jiwes tapi aku rasa happy sangat hari nie... ntah lerr, agaknyer ada membuatkan hati aku "berbunga-bunga cinta" hari nie.. hehehe... :)..

Kat bawah nie ader video klip OST Full House... Best citer nie... Lagu die pun best... So, meh kiter laayyyaannnn.............


Thursday, March 15, 2007

Congratulations.....


Semekom.. Yeaahhhhh!!! Result STPM keluar hari nie.... Tahniah pada adik aku kerana lulus dalam exam STPM... die dapat 2A, 2B, 1C dgn 3.75 pointer... congrates my dear sister!

Hopefully lepas nie dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi... Semoga segala impian yang dicitakan akan menjadi kenyataan..... hehehe... Yeahh!! :)

Wednesday, March 14, 2007

Bengganggggggggggggg...


Salam di pagi rabu.... waaa......... sakit hati nyer.. buat baik susah, buat jahat pun susah... benci tul lah... susah bekerja ngan orang melayu ni kan... banyak iri hati, hasad dengki (phd), mcm2 lagi lah.. lepas tuh nk perli2 org... bila kita baik ngan org tu, mula lah nk kata kita nie kaki bodek la, apa lah... aku punyer suker aar.. nk baik ngan saper pun... hmm... xper lah... hari nie aku betul2 bosann..

Tuesday, March 13, 2007

Boringgg....

Assalamualaikum.... gudz afternoon everyone.. fuhh!.. panas giler kat luar tuh... aku nie asyik minum air jer... kembung dh perut aku nie... hehehe...

Hari nie kat opis rasa boring sangat, rasa malas jer nk wat keja... nape ntah... bukan aku sorang, sume orang macam tuh.. agak nyer hari nie hari malas sedunia kot! hehehe.... tadi masa aku boring2, aku p kat belakang tangkap gambar pemandangan sekitar penang.... aku pinjam hp member aku.. hehehe.... hmmm.. wahh.. boring tahap gaban dh nie......


tuh gambar KOMTAR tue...... opis lama aku....


keadaan di sekitar opis aku..... panas beb! masa amik gambar nie mata pun x leh nk celik...... (dh ler mata pn kecik.. hehehe..)


tuh la laut yg aku menyeberang tiap2 pagi aku mai keje.... naik feri aarr....

ntah, bukit per ntah.. aku pun x tau.. hehehe...

Monday, March 12, 2007

izinkan ku pergi by kaer


IZINKAN KU PERGI - KAER

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cintaTiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurgaSelamanya
(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya
Mimpi indah mekarSaat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya
(Ulang korus)
Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku
Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Lagu nie first time dgr slow jer..... menusuk kalbu tul.. tapi aku suka lagu nie, sesuai ngan suara si kaer nie... lembut jer suara die.... dgr kata die buat album nie guna duit die sendiri.. tul ka erk? aku dgr dalam radio Era semalam... ok la, sapa2 yg nk nyanyi lagu nie, nie aku bg lirik skali... hehehe... enjoy it k....

Exam...

Assalamualaikum.. Selamat pagi di hari Isnin... wahh.. hari nie start cuti sekolah... mai keje ari pun keta x banyak.. smooth jer.. :) hari nie aku ada exam PTK beb! hahaha... ntah leh jawab ke x... hopefully leh jawab kot... hehehe... :)ok lah, nk breakfast dulu, pastuh nk pegi exam... bye for now...

Friday, March 9, 2007

Fiq-3 Malam Tanpa ...

Tiga Malam Tanpa Bintang - Fiq (mentor)

Kasih... maafkan diriku..
Banyak dosaku padamu..
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu...

Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tukus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya..

Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah hujung kian padam
Kerna hilangnya..
Bagaikan siang diselubung gerhana...

Kembalikan senda tawa...
Pulangkan lah manis di senyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga tarikh menafikan nyawa...

Thursday, March 8, 2007

Best!


Assalamualaikum, salam di tengah hari to all of u out there... hope everything its ok and berjalan dengan lancar... :) hari nie aku rasa fresh giler, sebab semalam dapat tido dengan aman.. hehhe.. lagipun hari nie bangun lambat skit sebab hantar mak pegi hospital untuk check-up. Kalau selalu lepas subuh tuh terus keluar pegi keja.. almaklumlah, tempat keja jauh, nak kena menyeberang laut lak tuh.. hehehe... :)...

Wednesday, March 7, 2007

hmmm.. mengantuk...

Shania Twain-YOU S...

(bestnyer tgk sara tido.... jeles aku.... )

sakit pala la..... dh braper hari x cukup tido.. x tau le naper susah nk tido 2 - 3 hari nie... nk kata fikir banyak, x pulak.. haiii.. pe kena la aku nie... agak nyer dok study sampai ke pagi kot... (ek eleh.. study la konon! hehehe... mmg study tp satu ke haper pun x masuk otak... hehehe...)

Tuesday, March 6, 2007

Salam perkenalan

Assalamualaikum & salam sejahtera pada sume kengkawan yg dh kenai ataupun baru nk kenai... hehehe.... actually aku dh lama nk tulis blog nih tp x berkesempatan.... nie lah baru ada hati nk tulis blog.....