Wednesday, December 12, 2007

Haloo…. Assalamualaikum.. pekabor sume??....... lama nyer aku x menjenguk blog aku nie… hehe.. amacam, raya hari tue? Ok? …. Hmm… ader yang tak ok?... biasa lah tue… ada masa kita rasa seronok, ada masa kita rasa susah hati. Mungkin apa yang berlaku, ada hikmahnya. Ye tak?
Sekejap jer syawal dah nk menutup tirainya. Lepas nie tiba lak tahun baru. Tahun baru nie akan banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan kita tempuhi.. well, umur aku pun berganjak lagi.. heheh.. tapi aku tetap mcm nie gak… still single and available kata org melayu.. heheh…
Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula. Selalunya bila cuti sekolah nie ramai yang dok atur nk makan kenduri… hmm, mesti banyak nyer…. Aku pun baru-baru nie dh dapat kad kawin.. wahh…. Jenuh nk atur nie… hehe.. cakap pasal kenduri kawen nie, aku nak mengambl kesempatan nie na ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan aku iaitu NorAzila & Yusri… Dan juga kepada Evildead… alaa.. yang famous ngan gitar die tue, yang kat youtube tue…. So, Guys.. Selamat menempuh satu lagi fasa kehidupan… semoga selepas ini hidup kalian lebih berbahagia dari sebelumnya.. almaklumlah berdua lebih baik kan? Hehee….
Oklah.. aku ader keja sket…. Lepas nie tak tau plak bila leh blogging lagi… tengok lah kalu aku ader masa, aku tulis lagi k….

Monday, July 16, 2007

Ader ker org mcm nie....

Assalamualaikum..

Halooo everybody... :-) Hope sume nyer in a good condition.. hahaha.. Ni ader citer skit from my fren.. Die ader forward mail kat aku... punyer la lawak... hahahha.. korang baca lah ekk.. daaa....

Alahai Menantu

Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya ygcunmelecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang. .pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah..sbb sebelum ini dia tak pernah solat. Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camnerni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan. . Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah alfatihah.."bismillahirrahmanir rahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim... "Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terusmembaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim."ish! gila ke menantu aku ni??" Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pakkasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.Pak kasim pun terus bertanya kepada seman."seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."
(huargh huargh huargh!!!! sedey nye kalau ada laki camnie !)

Tuesday, July 3, 2007

Sekadar renungan utk dikongsi bersama

Assalamualaikum... aku baru dapat email from my bro... check it out...

Assalamualaikum,Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan...!!Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datangkepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-adasaja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenaitanggungjawab kamilah.Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namunsaya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali adajuga rasa tersinggung dengan keceluparannya.Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akanmerayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut'dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dansuami dibuatnya.Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlumenggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkalamenggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maafapabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akanminta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurnabeberapa ketika kemudian.Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesaisolat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suamisaya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akandibawa.Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung."Dah sembahyang?" suami saya bertanya.>"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekupmukanya."Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Takapalah..h..h...Adik boleh usaha lagi.""Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah danmak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar takpandai.""Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cubamemujuk dengan suara lembut."Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adikmasih menyembunyikan mukanya."Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulangajalah!" saya menyampuk."Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!""UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!""Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni.""Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macambapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya.Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkankata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terusberbisik."Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkataperlahan."Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perutmak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuarasambil menangis teresak-esak.Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika.Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudahseperti mencampurkan 2 dengan 2.Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"saya bertanya.Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dannasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadarlagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Sayamesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram."Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." sayamulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembammukanya ke ribaan, menyesal agaknya."Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perutmak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasarKasih- Sayang ," kata saya.Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkandapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara."Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhankepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik jugabegitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkanmemahaminya."Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang jugakami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang .Adik tak besar dengan duit!"Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Airmata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suamitersenyum."Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya danayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam.Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata sayameleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...- terharu sungguh.......!!Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadisQudsi,Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,>kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Duniaini......."Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuahdan lauk" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula akusanggup keNerakamu........., kami lah hamba yang mengharap belasdarimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yangbertaqwa......, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semuaumat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "
"Alhamdullillah kerana menjadikan kami semua kebanggaan keluarga........."

Friday, June 29, 2007

Cantik, Menarik, Tertarik, kau memang istimewa...

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Monday, June 11, 2007

Ntah pe2

"Menyanyangi tak semestinya memiliki, tidak memiliki tak bermakna tak menyanyangi" .............. Hahh! aku tak suka ayat nie.. ntah, kalau dh tak nak memiliki buat per nk menyanyangi? So, don't start to love someone, if u know u will hurt them at the end!

Wednesday, June 6, 2007

Hiburan di waktu pagi..

"Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi. "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnn.." Tiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Tiba-tiba... .. cuba teka apa yang terjadi..... adakah lelaki tersebut selamat ???????ini jawapannya.. ??????????????????

Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! " ketawa..2.... ketawa gak...yang pentingnya pengajaran tu sampai pada kita...INSYALLAH.