Tuesday, July 3, 2007

Sekadar renungan utk dikongsi bersama

Assalamualaikum... aku baru dapat email from my bro... check it out...

Assalamualaikum,Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan...!!Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datangkepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-adasaja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenaitanggungjawab kamilah.Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namunsaya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali adajuga rasa tersinggung dengan keceluparannya.Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akanmerayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut'dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dansuami dibuatnya.Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlumenggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkalamenggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maafapabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akanminta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurnabeberapa ketika kemudian.Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesaisolat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suamisaya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akandibawa.Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung."Dah sembahyang?" suami saya bertanya.>"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekupmukanya."Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Takapalah..h..h...Adik boleh usaha lagi.""Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah danmak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar takpandai.""Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cubamemujuk dengan suara lembut."Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adikmasih menyembunyikan mukanya."Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulangajalah!" saya menyampuk."Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!""UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!""Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni.""Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macambapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya.Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkankata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terusberbisik."Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkataperlahan."Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perutmak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuarasambil menangis teresak-esak.Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika.Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudahseperti mencampurkan 2 dengan 2.Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"saya bertanya.Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dannasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadarlagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Sayamesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram."Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." sayamulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembammukanya ke ribaan, menyesal agaknya."Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perutmak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasarKasih- Sayang ," kata saya.Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkandapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara."Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhankepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik jugabegitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkanmemahaminya."Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang jugakami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih- Sayang .Adik tak besar dengan duit!"Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Airmata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suamitersenyum."Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya danayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam.Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata sayameleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu...- terharu sungguh.......!!Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam hadisQudsi,Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,>kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Duniaini......."Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuahdan lauk" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula akusanggup keNerakamu........., kami lah hamba yang mengharap belasdarimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yangbertaqwa......, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semuaumat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "
"Alhamdullillah kerana menjadikan kami semua kebanggaan keluarga........."

No comments: